Sunday, 27 January 2013

PROMOSI ISTIMEWA LIKE DAN SHARE FANPAGE MAHZSUZ..

Salam buat warga siber.

Bermula esok, Mahzsuz mengadakan Promosi LIKE dan SHARE Fanpage Mahzsuz Terengganu.

Sila LIKE Fanpage Galeri Mahzsuz Terengganu di www.fb.com/galerimahzsuz, kemudian SHARE post 'Promosi Penghabisan Stok' Galeri Mahzsuz Paka.

Ianya melayakkan anda untuk menyertai 'Promosi Penghabisan Stok Baju Kurung BELI 2 PERCUMA 1'.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.fb.com/galerimahzsuz.

Ceria!









Baca Selanjutnya

Saturday, 26 January 2013

KOLEKSI MAHZSUZ DI DALAM AKHBAR HARIAN METRO HARI INI, 26 JANUARI 2013.. CERIA!

Salam,

Hari ini sebahagian daripada koleksi jubah dan baju muslimah Mahzsuz dipaparkan di akhbar Harian Metro. Boleh lah rujuk akhbar Harian Metro.

Ceria!






Baca Selanjutnya

Thursday, 24 January 2013

JUBAH MAXI JEANS TERBARU AVAILABLE DI GALERI MAHZSUZ BANGI.

Salam, diuploadkan di sini, dua koleksi Jubah Jeans Maxi terbaru yang available di Galeri Mahzsuz Bangi buat masa ini.. Ceria!

Code Item : GMB JMXEB 003

Jubah Maxi E'Bella
Saiz : 38, 40, 42, 44
Warna : Hitam, Biru, Kelabu
Harga : RM149.90


Code Item : GMB JMXCS 004

Jubah Maxi Jeans CS 004
Size: 38, 40, 42, 44
Warna: Biru, Hitam, Kelabu
Harga: RM99.90
Baca Selanjutnya

Monday, 21 January 2013

TEAM MAHZSUZ DI KONVENSYEN WANITA DAN ISLAM 2013

SERDANG - Sepanjang 2 hari Konvensyen Wanita dan Islam 2013 berlangsung iaitu pada 19 dan 20 Januari 2013, Team Mahzsuz telah membuka 2 booth jualan. Satu booth menyediakan pelbagai koleksi Jubah dan baju muslimah termasuk baju muslimah kanak-kanak, manakala satu lagi booth menawarkan pelbagai jenis tudung dan shawl untuk pilihan pelanggan. Seramai 5 orang Team Mahzsuz Bangi terlibat dalam jualan booth sepanjang 2 hari tersebut. Kami juga turut dibantu oleh 3 orang pelajar UKM dan seorang pelajar UNITEN.

Antara Team Mahzsuz Bangi yang terlibat dalam jualan booth di Konvensyen  Wanita dan Islam 2013.
Alhamdulillah, booth-booth jualan Galeri Mahzsuz dan Galeri Tudung mendapat sambutan hangat daripada para peserta konvensyen. Mereka berpusu-pusu datang ke booth-booth kami, terutamanya sepanjang waktu rehat. Di booth jualan Galeri Mahzsuz, jubah jeans dan baju muslimah Ana Solehah menjadi pilihan utama pelanggan-pelanggan.

Para peserta konvensyen sibuk memilih koleksi pakaian yang ditawarkan.

Pelanggan-pelanggan berpusu-pusu ke booth Galeri Mahzsuz, terutamanya sepanjang waktu rehat.

Manakala, di booth Galeri Tudung, tudung denim XL kepala sport, tudung bidang 60 serta pashmina pelbagai corak menjadi rebutan para pelanggan. Promosi Beli 2 Percuma 1 pada hari kedua konvensyen telah menghangatkan lagi keadaan.

Koleksi tudung dan shawl yang ditawarkan di booth Galeri Tudung.
Tudung Saiz XL dan Tudung Bidang 60' adalah antara kegemaran pelanggan pada hari tersebut.
Galeri Tudung diserbu oleh para peserta. Mereka berebut-rebut mendapatkan tudung pilihan sempena
Promosi Beli 2 Percuma 1 pada hari kedua konvensyen.
Kami amat kagum dengan kecekapan AJK program mengendalikan konvensyen ini yang telah berjaya menarik minat lebih 2000 peserta. Walaupun peserta amat ramai, namun perjalanan program adalah lancar dan teratur. Kami juga merasa bangga dengan peserta-peserta yang menyertai konvensyen ini kerana ramai antara mereka adalah golongan muda-mudi yang masih bujang dan pasangan-pasangan muda yang baru berkahwin. Nampaknya, kesedaran untuk membina keluarga menurut cara Rasulullah dan Islam telah mendapat tempat di hati pemuda dan pemudi kita masa kini. Syabas anak muda!

Suasana semasa pembentangan kertas kerja. Seramai 2300++ peserta mengikuti konvesyen 2 hari  tersebut.
Terima kasih juga kepada pelanggan-pelanggan kami yang telah memberi sokongan kepada kami sepanjang dua hari program berlangsung. Juga terima kasih yang tidak terhingga kepada Team Jualan Mahzsuz yang bertungkus-lumus melayan pelanggan dan menjual tanpa mengenal erti penat dan lelah, termasuklah kepada mereka-mereka yang telah membantu secara langsung dan juga tidak langsung. Sesungguhnya, jasa kalian semua tidak akan dilupakan.

Terima kasih, terima kasih, terima kasih.

Moga ketemu lagi.. Ceria!



Baca Selanjutnya

Friday, 18 January 2013

Temui Kami di Konvensyen Wanita dan Islam 2013 esok..!

Salam semua,

Team Mahzsuz akan turut serta dalam program Konvensyen Wanita dan Islam 2013 yang bermula esok (19 Jan 13) sehingga 20 Jan 13. Sepanjang 2 hari tersebut, insya Allah kami akan membuka 2 gerai jualan bagi membolehkan kami mendekati pelaggan-pelanggan kami dengan lebih baik dan ceria. Konvensyen tersebut dianjurkan oleh K-Fiqh dan bertempat di Malaysia Agro Exposition Parks (MAEPS). Untuk maklumat lanjut tentang program, boleh lah layari www.k-fiqh.com.

Bertemu nanti.. Ceria!

Temui tokoh-tokoh panelis di sana nanti.

Lokasi Konvensyen Wanita dan Islam 2013 esok.


Baca Selanjutnya

Tuesday, 15 January 2013

KOLEKSI BAJU PREGNANT TERBARU DI GALERI MAHZSUZ PAKA..!

Salam, baju pregnant terbaru available di Galeri Mahzsuz Paka. 
Ceria!



Kod Item : GMP JP GC5861

Jubah Pregnant Cute Girl (5861)
Warna: Pink, Kuning, Biru
Size : Free
Harga : RM69.90
Kod Item :
1. GMP SLP CG5883
2. GMP BA123

Singlet labuh pregnant Cute Girl (5883)

Baju Alas BA123.. Rm15
Warna : Pelbagai
Harga : RM69.90

-Team Mahzsuz Paka-
Baca Selanjutnya

Sunday, 13 January 2013

MESYUARAT PENGURUSAN MAHZSUZ 1 2013

13 JANUARI - Alhamdulillah, hari ini suatu mesyuarat telah diadakan di Galeri Mahzsuz Bangi bersama Team Pengurusan Mahzsuz yang disertai  Supervisors dan Asst Supervisors rangkaian kedai-kedai Mahzsuz Bangi, Dungun dan Paka.

Sesi ini bertujuan untuk merangka dan melaksanakan perancangan Suku 1 2013 serta membincangkan beberapa perkara bagi menambah baik mutu perkhidmatan dan sistem sedia ada berdasarkan feedback yang diperoleh daripada pelanggan-pelanggan dan juga staf-staf. Kami amat menghargai segala input yang diberikan oleh pelanggan-pelanggan dan staf-staf kami dan kami berazam untuk sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan dari semasa ke semasa.


Sesi dimulakan dengan Muhasabah sesi 2012 oleh Big Boss dan seterusnya Big Boss membentangkan Matlamat 2013 untuk panduan dan tindakan lanjut daripada Team Pengurusan dan Team Mahzsuz semua rangkaian.


Kemudian, Supervisors Mahzsuz Paka dan Dungun membentangkan rancangan Suku 1 2013 hasil perbincangan dengan Team Mahzsuz Paka dan Dungun sebelum ini.


Sesi diteruskan dengan pembentangan perancangan program oleh Supervisors Bangi serta perbincangan berkaitan Cadangan dan Aduan Pelanggan bagi dilaksanakan/ditangani dalam tempoh terdekat.



Semoga sedikit usaha ini dapat membantu meningkatkan kemajuan bisnes rangkaian kedai-kedai
Mahzsuz di Bangi, Paka dan Dungun. 

Apa yang penting adalah kepuasan hati pelanggan kami serta kebersamaan di antara ahli-ahli  Team Mahzsuz. 

Semoga diberkati.. Ceria!


Baca Selanjutnya

Saturday, 12 January 2013

KALENDAR 2013 PERCUMA

Salam Ceria.!

Dapatkan kalendar 2013 secara percuma apabila ada membeli belah di Galeri Mahzsuz Bangi dan  Galeri Tudung Mahzsuz Sek 7 bandar Baru Bangi. Ceria!



Baca Selanjutnya

Friday, 11 January 2013

KOLEKSI BLAUS MUSLIMAH ANA SOLEHAH

Antara koleksi blaus muslimah Ana Solehah yang available di Galeri Mahzsuz Bangi sekarang... Ceria!

Code Item : GMB ASMS80

Tshirt Muslimah Ana Solehah MS80
Saiz: S, M, L, XL.
Warna : Merah
Harga: RM69

GMB MS67

Blaus Muslimah Ana Solehah MS67
RM69.00
Saiz : S/M, L/XL
Warna : Biru, Merah, Kelabu

Code Item: GMB AS

Blaus Labuh Ana Solehah
Saiz : S, M, L, XL
Warna : Hitam Putih
-Team Mahzsuz Bangi-
Baca Selanjutnya

Thursday, 10 January 2013

Koleksi Jubah Terbaru di Galeri Mahzsuz Bangi..

Salam, antara jubah terbaru yang available di Galeri Mahzsuz Bangi masa ini. Ceria!

Code Item : GMB JMXEB 001

Jubah Maxi E'Bella
Saiz : 38, 40, 42, 44
Warna : Merah, Biru, Kelabu
Harga : RM149.90


Code Item : GMB ASMX

Jubah Maxi Ana Solehah MX
Saiz : Free Size (S/M)
Warna : Hitam, Biru, Purple

Code Item : GMB JMXEB 002

Jubah Maxi E'Bella
Saiz : 38, 40, 42, 44
Warna : Merah, Biru, Kelabu
Harga : RM149.90
Team Mahzsuz Bangi.
Baca Selanjutnya

Tuesday, 8 January 2013

TIPS BERTUDUNG.

Salam,

Dikongsikan di sini tips bertudung.




1. Pastikan anda mengetahui bentuk wajah anda terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk menggayakan apa jua jenis tudung atau shawl.

2. Pemilihan warna tudung juga penting. Untuk aura positif, cubalah shawl berona terang. Perlu diingat, ianya harus bersesuaian dengan warna kulit anda juga!

3. Jangan memilih tudung yang jarang dan nipis sehingga menampakkan rambut anda di dalam. Niat dan caranya harus betul.

4. Cuba elakkan membuat sanggul yang keterlaluan di atas kepala. Ikat rambut anda dan simpulkan di tengah-tengah kepala dan balutinya dengan anak tudung yang bersesuaian.

5. Usah ghairah berfesyen sehingga lupa akan pemakaian busana yang bersesuaian dengan imej anda.

Ceria!
Baca Selanjutnya

Sesi Photo Shoot Untuk Harian Metro

Alhamdulillah, tadi selesai sudah sesi foto shoot dan interview untuk akhbar Harian Metro.
Terima kasih Kak Yah and the Team. Ceria!





Baca Selanjutnya

Monday, 7 January 2013

Perkongsian.. Mendidik Anak Perempuan Berpakaian.

Perkongsian bersama dalam etika mendidik anak perempuan berpakaian.



1. Dalam membentuk imej muslimah, bukan sekadar menutup aurat, tetapi diri mestilah kemas dan bersih serta sesuai dengan keadaan sekeliling. Anak boleh dididik menentukan fesyen harian mereka mengikut garis panduan syarak.

2. Anak-anak dididik supaya pandai memadan pakaian dan menggosok pakaian mereka termasuk baju tidur. Amalan ini akan diteruskan apabila meningkat dewasa kelak.

3. Apabila keluar dari rumah, ada etika pakaian yang harus dipatuhi. Walaupun dia tidak diwajibkan memakai tudung untuk anak yang berumur bawah 7 tahun, namun kita boleh mendidik mereka agar bila mahu keluar saja dari rumah akan minta dipakaikan tudung.Untuk anak yang berusia 9 tahun (usia baligh bagi anak perempuan) dimestikan memakai tudung apabila keluar rumah.

4. Seluar dan skirt mestilah labuh dan mencecah buku lali. Yang pendek hanyalah boleh dipakai di dalam rumah dan hendaklah memakai seluar panjang. Tangan pendek sesuai dipakai bersantai di dalam rumah sahaja.

5. Bagi anak baligh, memang agak payah mencarikan pakaian yang sesuai untuk mereka. Sebagai ibu kita haruslah mengajar mereka pentingnya menjaga kebersihan diri secara sistematik supaya mereka tidak panik menghadapi alam remaja.

6. Cari waktu untuk melakukan ‘spa’ di rumah untuk anak-anak supaya badan mereka bersih dan tidak berbau dengan membuat ‘facial’,urut, lulur, manicure dengan menggunakan bahan-bahan asli yang mudah didapati di dapur. Aktiviti sebegini akan mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu dan anak.


Ceria!
Baca Selanjutnya

Sunday, 6 January 2013

Koleksi Ana Solehah Little Muslim di Galeri Mahzsuz Bangi

Salam,
beberapa koleksi muslimah kanak-kanak Ana Solehah Little Muslim telah diupload ke FB Galeri Mahzsuz Bangi.. boleh lah layari www.fb.com/GaleriMahzsuzBangi.

Ceria!


Baca Selanjutnya

Saturday, 5 January 2013

Renungan.. Wanita Pilihan Para Lelaki..

Salam. Buat sahabiah semua.
Jom jadi wanita pilihan para lelaki..
Tingkatkan akhlak kita dari segenap segi agar menjadi insan pilihan.. Ceria!

Imam Ghazali memberikan bbrp gambaran yg harus diteliti oleh para lelaki dalam memilih pendamping. Beliau berkata "Tanyalah tentang agamanya, perlaksanaan solatnya, penjagaan puasanya, tentang malunya dan kebersihannya, tutur katanya, mengatur rumahnya serta hubungannya dengan kedua ibubapa. Selidikilah tentang ayahnya dan agamanya serta keadaan ibunya dan agamanya serta pekerjaannya." 
-Adab fid din (hal 49) Ghazali-
Baca Selanjutnya

Friday, 4 January 2013

Temui kami di Konvensyen Fiqh Wanita dan Islam 2013 pada 19-20 Januari nanti..!

Salam,

Jom daftar untuk Konvensyen Fiqh Wanita dan Islam 2013 pada 19 dan 20 Januari 2013 nanti dan temui Team Mahzsuz di sana.

Untuk maklumat lanjut, boleh lah kawan-kawan layari : www.k-fiqh.com

kfiqhw-lagi-baru_edited
Iklan program
Pendaftaran untuk menyertai konvesyen masih dibuka.
Masih dengan harga promosi sehingga 7 Januari 2013.


Jumpa nanti.. Ceria!

- Team Mahzsuz
Baca Selanjutnya

Wednesday, 2 January 2013

Tudung Chiffon 3 Tone 2 Layer di Galeri Tudung Sek 7 Bangi..

Salam, di'post' kan di sini beberapa koleksi tudung yang baru sampai di Galeri Tudung, Sek 7 Bangi..


Photo: Terkini!
Tudung chiffon 3 ton 2 layer
merah+biru(rm38)
size s,m,l
Item Code: GTB C3T2L001

Tudung Chiffon 3 Tone 2 Layer
Merah+Biru (RM38)
size S, M, L


Photo: size m
peach+biru muda+oren
Item Code: GTB C3T2L002

Tudung Chiffon 3 Tone 2 Layer
Size M (RM38)
Peach+Biru Muda+Oren


Photo: size m
Item Code: GTB C3T2L003

Tudung Chiffon 3 Tone 2 Layer
Size M (RM38)
Biru Tua+Biru Muda



Photo: size m
Item Code: GTB C3T2L004

Tudung Chiffon 3 Tone 2 Layer
Size M (RM38)
Koko+Pink+Purple



Photo: size m
warna htam+hijau+hjau gelap
Item Code: GTB C3T2L005


Tudung Chiffon 3 Tone 2 Layer
Size M (RM38)
Warna Hitam+Hijau+Hijau Gelap



Itu dulu... Ceria!

Koleksi2 lain juga akan di upload dari semasa ke semasa di Facebook Galeri Tudung Mahzsuz.
Boleh LIKE kami di http://www.facebook.com/GaleriTudungMahzsuz.

- Team Mahzsuz Bangi.
Baca Selanjutnya